Menu search

PENEMAN SETIA

penaja blog

jom klik

Selasa, Mei 15, 2012

Nombor Plate "WWW" terima 18,243 bidaan

KISAH DI SEGENAP DIMENSI DUNIA


Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. 

Beliau berkata, pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan.
"Ini memang di luar jangkaan kita. Sehubungan itu, ia akan mengambil masa untuk memproses dan menganalisis bidaan yang diterima. Pegawai kami sedang bertungkus-lumus. Kita tidak mahu ada bidaan yang tertinggal. Kami harap orang ramai faham.
"Keputusan (bidaan) dijangka diumumkan pada 24 Mei nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan 2011-2015 di sini hari ini. 

Bidaan bagi nombor pendaftaran siri itu yang dibuka pada 30 April lalu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 12,805 bidaan diterima di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, JPJ Bandar Seri Permaisuri (2,362), JPJ Maju Juntion (926) dan Pos (2,150). 

Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" dijangka mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini. 

Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa
BACA LAGI "Nombor Plate "WWW" terima 18,243 bidaan"

Isnin, Mei 14, 2012

Pelik Tapi Benar-Mati Hidup Semula

KISAH DI SEGENAP DIMENSI DUNIA



KAHERAH: Keadaan sedih di upacara pengebumian bertukar gembira apabila ‘mayat’ yang hendak dikebumikan tiba-tiba bangun.
Hamdi Hafez al-Nubi, 28, pelayan restoran dari Naga al-Simmanm, diisytiharkan mati selepas mengalami serangan jantung di tempat kerja. 
Ketika persediaan untuk mengebumikannya dilakukan, doktor yang dihantar untuk menandatangani surat kematiannya mendapati tubuhnya masih hangat.

Keluarga Hamdi yakin dia sudah mati, malah sudah pun memandikan ‘mayatnya’ dan bersedia untuk dikebumikan.
Apabila mendapati tubuh Hamdi masih hangat, doktor membuat pemeriksaan dan mendapati dia masih bernafas. 
Keluarga Hamdi tidak membatalkan upacara pengebumian tetapi sebaliknya mengadakan kenduri meraikan ‘kebangkitannya’ semula. 
BACA LAGI "Pelik Tapi Benar-Mati Hidup Semula"

Sabtu, Mei 12, 2012

Awas!! koleksi Gambar Mayat yang Menggerikan

KISAH DI SEGENAP DIMENSI DUNIA.
ASSALAMUALAIKUM.

Kepada yang sedang lihat laman ini,sila berhati-hati dengan adengan-adengan atau gambar yang amat menggerikan untuk dipertontonkan oleh anda.
jadi ingin ku tegas kan kepada anda yang 
sedang makan,atau mengandung,atau kanak-kanak,atau yang trauma,atau yang sedang lihat di larut malam,supaya tidak melihat gambar ini,dan perkara-perkara yang berkaitan kerana gambar ini seperti dinyatakan amat menggerikan untuk  anda lihat.

AWAS!!!

jika berlaku yang tidak di ingini  adalah  tanggungjawab anda masing-masing,,dan  penulis blog tidak akan bertanggungjawab sesekali di atas kesulitan gambar yang menngerikan ini,,jom kita tengokkk,,,,,,,|koleksi gambar menggerikan,
  
kejadian di Mexico

gambar  kepala 1.1  


gambar kepala 1.2


Budak ni memutuskan untuk membunuh diri sendiri dengan terjun dari bangunan.Motif beliau bunuh diri kerana ibu-bapa beliau bercerai.



Ini mungkin sebab eksiden, dan lelaki ini tersepit lalu motor beliau terbakar dan meletup, patut la badan beliau habis hancur dan nampak tulang beliau.



Amacam?ada nak muntah?terkejut??itu anatara beberapa koleksi gambar mayat yang menggerikan..
BACA LAGI "Awas!! koleksi Gambar Mayat yang Menggerikan"

LELAKI MURTAD DARI ISLAM ISTIHAR BUNUH DIRI DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK

Lelaki Murtad Malaysia Umum Hendak Bunuh Diri Di Facebook Hari Ini..BoLeh Percaya Ke?


Seorang lelaki yang asalnya beragam Islam bernama Syahir dan kemudiannya murtad menukar agama kepada Kristian, Edward Martin Jesus mengumumkan di Facebook miliknya bahawa dia akan membunuh diri sebelum jam 12 tengah hari, hari ini.
Lelaki itu dikatakan putus cinta dengan wanita bernama Nur Atiqah Nor Aziz. Sebelum membunuh diri dia memberitahu mahu memulangkan barangan pemberian teman wanitanya itu.
Tempoh 14 jam lalu, dia mengumumkan berikut di Facebooknya;
sebelum aku ingin bunuh diri aku akan pergi ke rumah atiqah aziz untuk menyerahkan segala pemberian dia pada aku.. kemudian aku akan bunuh diri di suatu tempat yang aku pernah pergi dgn dia jalan2…
Ada pula yang melaporkan Edward telah meminda tarikh bunuh diri dari tengah hari tadi, kepada 3 Jun pula, yakni tarikh lahir teman wanitanya itu.
Sehingga kini belum dapat disahkan sama ada dia telah melaksanakan niatnya atau tidak.
Maklumat yang diberikan dalam akaun Facebooknya ialah dia pernah bersekolah di SMK Seksyen 19, Shah Alam dan tinggal di bandar yang sama. Tidak diketahui sama ada maklumat berkenaan benar atau tidak
Mesej 6 jam lalu (waktu berita di ditulis ialah pukul 2 petang – 12 Mei).
Ia berbunyi ;
those yg banyak beri support pada aku .. aku minx maaf kerana dr awal hingga akhir usahamu adalah sia2 belaka.. aku sudah buat keputusan… harap perjalanan aku akan berjalan dengan lancar.. jgn ada yang cuba untuk menghalang aku untuk aku bunuh diri!
Tidak diketahui apa nasibnya sekarang. Terlalu banyak bahan berita yang mengelirukan ketika ini, termasuk ada yang kata akaun Facebook miliknya telah digodam.
Apakah dia melawak atau dia serius. Namun, kalau melihat kepada update-update yang diletakkan, nampaknya serius.
Namun, yang memberikan komen pula agak lawak.
Ada yang menasihat Edward agar bersabar tunggu Euro habis dulu, ada yang kata layan hindustan kejap, ada yang paste link untuk jual
barang kat internet, mengambil kesempatan untuk berkenalan, ada jugak yang mengatakan kisah cinta dia lebih baik pada filem Twilight,
Ada pula rakan lama yang memaki Edward dengan mengatakan dia seorang kaki buat drama.
Apa pendapat anda, dia ni buat lawak nak perhatian atau memang dia akan meneruskan niatnya? Apa yang boleh kita buat?
Facebook Edward Martin Jesus di sini.
BACA LAGI "LELAKI MURTAD DARI ISLAM ISTIHAR BUNUH DIRI DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK"

Jumaat, Mei 11, 2012

Pengakuan Wanita Rakam Insiden Ibu Dera Bayi

Saya tak subahat, pengakuan wanita rakam ibu belasah bayi,


KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”


Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.
BACA LAGI "Pengakuan Wanita Rakam Insiden Ibu Dera Bayi"

Buka gerai burger depan rumah Ambiga

ASSALAMUALAIKUM

IKHLAS     mendirikan gerai burger di hadapan rumah   Ambiga di Bukit Damansara, semalam.
IKHLAS mendirikan gerai burger di hadapan rumah Ambiga di Bukit Damansara, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga membuka gerai burger di depan kediaman Datuk S Ambiga di Bukit Damansara di sini, sebagai bantahan meminta pengerusi BERSIH 3.0 itu bertanggungjawab ke atas kerugian dialami peniaga di ibu kota akibat perhimpunan pada 28 April lalu. 

Sehubungan itu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang mewakili peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) memberi tempoh dua minggu kepada Ambiga untuk membayar ganti rugi dianggarkan RM200,000.
Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata jika Ambiga gagal berbuat demikian lebih banyak gerai membabitkan pelbagai jenis perniagaan akan dibuka depan rumah beliau.
“Hari ini kita membuka kedai burger depan rumah Ambiga tanda protes dan mahu dia bertanggungjawab atas ganti rugi peniaga di ibu kota akibat perhimpunan itu. 

“Jika Ambiga gagal berbuat demikian, selepas ini lebih banyak gerai akan dibuka di depan rumahnya kerana pada perhimpunan tahun lalu peniaga dan usahawan kecil rugi RM817,205,” katanya. 

Terdahulu, pada jam 2 petang, peniaga Sujaidi Kartimin, 45, mendirikan gerai burger hampir sejam di depan rumah Ambiga di nombor 67, Jalan Setiakasih 1 di sini, sambil dibantu ahli IKHLAS. 

“Saya rugi RM2,000 akibat perhimpunan kerana tidak dapat berniaga di pasar malam Jalan TAR. Kebiasaannya saya mampu menghabiskan 20 kampit roti burger dan 10 papan telur berniaga pada pasar malam. 
“Perniagaan di Jalan TAR lubuk buat peniaga seperti kami. Jika kutipan jualan tidak memberangsangkan, bagaimana kami boleh membayar sewa tapak RM300,” katanya yang berniaga di kawasan itu sejak 1986. 

Sementara itu, Ambiga berkata, beliau kecewa kerana menganggap tindakan itu tidak wajar dan turut mengganggu ketenteraman jiran di sekitar kawasan perumahannya. 

“Ini bukan caranya, jika mahu menuntut ganti rugi perlu dilakukan berdasarkan prosedur undang-undang dan biar mahkamah tentukan perkara itu, ” katanya sambil ditemani dua pengawal peribadi. 
BACA LAGI "Buka gerai burger depan rumah Ambiga"

Khamis, Mei 10, 2012

Sultan Johor Murka insiden Pergaduhan di Pulau Rawa





JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka, namun sudah pun memaafkan empat warga asing yang terbabit dalam pergaduhan dengan pengawal peribadi rombongan diraja Johor di sebuah pusat peranginan di Pulau Rawa pada malam Jumaat minggu lalu. 

"Saya marah, sepatutnya insiden ini tak berlaku. Mereka dalam keadaan mabuk dan membuat kacau mengganggu pengunjung lain di pulau tersebut," titah baginda di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kejadian pergaduhan di Pulau Rawa minggu lepas yang membabitkan empat pelancong warga asing dengan pengawal peribadi rombongan Diraja Johor.
Baginda difahamkan empat pelancong asing yang bekerja di Singapura itu tiba di sebuah pusat peranginan pulau berkenaan kira-kira 11 malam sebelum mabuk dan mengganggu tetamu diraja yang mengadakan satu majlis dan menginap di pusat peranginan bersebelahan. 

Ada di antara pelancong terbabit turut bersikap biadap dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada keluarga dan tetamu diraja sehingga mencetuskan ketegangan sehingga terjadi pergaduhan. 

Salah seorang daripada mereka juga dilaporkan telah berenang dan menceroboh bot milik Sultan Johor yang ketika itu sedang berlabuh di jeti sebelum bertindak agresif mencekik krew kapal yang cuba menghalang perbuatan itu. 

Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa meminta tolong daripada pengawal Istana dan melihat keadaan itu, warga asing itu telah terjun ke laut dan terpijak batu karang menyebabkan dia cedera, titah baginda. 
Dia kemudian dirawat oleh doktor peribadi baginda sendiri. 

"Saya dimaklumkan kejadian itu kira-kira 7.30 pagi dan merasa sedih dengan kejadian seumpama itu....(tetapi) saya dah lupakan kisah ni, saya maafkan mereka. 

"Saya maafkan mereka, tiada masalah, sila datang kembali sebagai tetamu saya," titah baginda. 

Pada masa sama menurut Sultan Johor, beberapa pihak termasuk pemilik pusat peranginan membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan baginda menyerahkan kes itu untuk disiasat polis. 

"Biar polis menjalankan tugas mereka, saya tak boleh kata apa saya mungkin berat sebelah dan memihak kepada satu pihak. Jadi biar polis siasat apa yang terjadi," titah baginda. 

Baginda juga menyifatkan kes itu diperbesar-besarkan oleh akhbar Singapura dengan mengeluarkan laporan yang tidak tepat. 

"Jangan besar-besarkan cerita yang kecil, kalau saya nak besar-besarkan, orang tu dah kena tangkap hari itu sebab menceroboh dan memanjat bot saya dan berkasar dengan krew saya," titah baginda. 

Pada masa sama baginda mengalu-alukan kehadiran pelancong di pulau-pulau peranginan di negeri ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan dan keunikannya yang tersendiri. 

Namun nasihat baginda kepada pelancong asing ini "berseronoklah, relaks dan jaga kelakuan." 
BACA LAGI "Sultan Johor Murka insiden Pergaduhan di Pulau Rawa"

Rabu, Mei 09, 2012

Ibu kandung kejam !!!


ASSALAMUALAIKUM.
Malam ini tergerak hatiku ingin memaparkan tontonan yang kejam atau tontonan yang di alami di negara ini,tadi aku tertengok berita di NTV7 di tv tentang kisah ibu muda atau ibu kandung yang KEJAM yang sanggup mendera anak kandung sendiri.pasti adengan ini dah keoh dalam laman sosial bukan?

Macam-macamlah dunia zaman sekarang ini,dulu kisah pengasuh mendera kanak-kanak,sekarang ibu kandung sendiri yang sanggup mendera dengan kejam darah daging sendiri?apakah perasaan anda setelah melihat aksi yang akan ditontonkan nanti?

Antara adengan yang dipaparkan dalam tayangan ini,adalah menampar muka budak kecil itu ,memukul kepala dengan bantal,mencubit telinga,mencubit-cubit anaknya,bukan itu sahaja ,malah turut MENERAJANG  dan lain-lain lagi,anak yang masih kecil yang tidak berdosa itu,bayangkan JIKA anak itu mati??pasti menyesal tak sudah,larh,,kejam sungguh kan?jom kita saksikan...



Difahamkan ibu ini telah dipenjarakan selama 18 bulan,ok tak?korang rasa hukuman ini?Aku rasa ok lah kalau ibu itu betul-betul insaf,sebab yang kesiannya budak itu yang masih bayikecil-kecil dah terpisah dengan ibu kandungnya yang kejam,malah disaksikan oleh kakak  budak tersebut lagi.

Memang akan di ingati oleh kakak itu ataupun dipanggil trauma,,Korang nak ke  perkara ini menjadi keturunan dalam  keluarga kita?jadi ,berfikiralah dengan waras,kita kan ada PENCIPTA kita iaitu ALLAH S.W.T,mohonla kepada-NYA..SEMOGA APA YANG Dipaparkan menjadi iktibar kita dalam menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang aman dan harmoni serta bahagia,dan semoga Allah memberi hidayah kepadaibu kandung tersebut,nak dihina tak baik ,nanti perkara itu akan berulang kepada kita kan,sebagai hamba kita haruslah berdoa kebaikan terhadap orang lain ..itulah ISLAM sebenar yang diterapkan,bukan mencaci entah apa-apa..sekian...
BACA LAGI "Ibu kandung kejam !!!"

jom klik

jom Klik

FAN pages H.A